Thursday, March 18, 2010

Instrumen perancangan harta Islam

Terdapat beberapa instrumen yang boleh digunapakai dalam kita membuat perancangan harta, iaitu Penulisan dokumen wasiat, harta pencarian, amanah, hibah, wasiat atau sedekah. Walaubagaimanapun, pemilihan sesuatu instrumen adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan seseorang individu tersebut. Yang pasti, perancangan harta sebelum kita meninggal dunia adalah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat haknya. Isu yang seringkali timbul adalah masa... berapa lama masa yang diambil untuk mengagihkan harta pusaka. 1 tahun, 2 tahun, 50 tahun...?

Sejumlah RM 40 Billion harta yang tidak dituntut selepas berlaku kematian

Monday, March 15, 2010

Perancangan Harta Islam

Merupakan kaedah pengurusan harta pusaka secara teratur dan sah menurut undang-undang dan hukum Syara'. Ianya menjadi satu perkara penting dalam memastikan orang yang tersayang mendapat hak mereka dan kebajikan mereka juga terjaga.

Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan Islam bukanlah satu produk, sebaliknya merupakan satu proses atau kaedah yang dapat membantu kita mencapai matlamat kewangan sendiri, keluarga dan perniagaan dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Syariah. Pelbagai strategi perlu dirancang bagi memastikan matlamat kewangan yang telah ditetapkan tercapai. Contohnya ibubapa merancang kewangan keluarga supaya anak-anak mereka berpeluang menjejak kaki ke IPT dengan tabung pendidikan yang mencukupi, seseorang individu merancang kewangannya daripada sekarang supaya dia dapat bersara dengan selesa dan lain-lain lagi.

Perancangan kewangan Islam mengambilkira aspek penyucian harta (wealth purification) iaitu zakat, selain daripada pengumpulan harta (wealth creation), pengembangan harta (wealth accumulation), perlindungan harta (wealth protection) dan juga  melibatkan pengagihan harta (wealth distribution).

Aspek perancangan pengagihan harta dalam ilmu perancangan kewangan kebiasaannya kurang menjadi topik yang hangat diperkatakan, sebaliknya seseorang individu mengambil sikap menggunapakai apa yang tersedia ada. Pengagihan harta dalam konteks yang dimaksudkan adalah perancangan harta pusaka Islam.

Sistem Kewangan Islam

Kewangan Islam telah bermula sejak 30 tahun yang lalu walaupun prinsip-prinsip asasnya telah sedia ada sejak kedatangan Islam lagi. Sejarah awal Islam juga telah menunjukkan bahawa golongan Muslim menjadi orang yang berjaya dalam bidang kewangan dan perniagaan dengan mengamalkan transaksi yang halal dan bersih daripada sebarang unsur kezaliman seperti riba dan perjudian.

Perkembangan demi perkembangan yang dilalui menunjukkan kewangan Islam kini diiktiraf sebagai mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dan berupaya menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Tanpa disedari, sistem kewangan Islam dijangka berupaya menyaingi sistem kewangan konvensional yang sedia ada dengan mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan pada setiap tahun. Sistem kewangan Islam masakini tidak hanya tertumpu kepada sektor perbankan dan takaful sahaja, sebaliknya telah mencakupi bidang pasaran modal dan pasaran wang, dan telah bercambah ke pelbagai benua dan negara.

Justeru itu, ini membuktikan bahawa sistem kewangan Islam adalah sangat relevan dan ampuh dalam memenuhi keperluan manusia walau dimana jua mereka berada.

Sesungguhnya kejayaan sistem kewangan Islam adalah hasil daripada komitmen dan sumbangan besar ramai ulama’ Syari’ah serta insan-insan yang ikhlas dan tidak kenal putus asa dalam merealisasikan usaha mereka.

Monday, March 8, 2010